Thursday, August 25, 2011
Monday, August 1, 2011
Serahan Sumbangan Kepada Isteri Arwah Hasan
Ini gambar aku & isteri kepada arwah semasa penyerahan sumbangan pada 30hb Jul 2011.
Insyaallah kepada rakan2 yg masih belum berkesempatan utk memberi sumbangan,
aku akan minta no acc. Isteri arwah dan boleh la direct bank in pada beliau.
Pesanan dr isteri arwah:
Kepada semua rakan2 arwah beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yg memberi sumbangan ini.
Tiada kata2 yg dpt di ungkap kan selain TERIMA KASIH YG TAK TERHINGGA…
Akhir kata dari isteri arwah…beliau “kirim salam” pada semua rakan2 arwah.
LAWATAN RAKAN-RAKAN BATCH 72 SEMASA PENGKEBUMIAN ARWAH HASAN
Hi! Sorry coz’ lambat share gambar ini…
Gambar ini di ambil ketika kami pergi menziarah Allayarham Hasan pada 29hb Jun’11.
Jeff jika perlu boleh masuk dlm blog nti.
Dari kiri: Junaidah, Norhamiza, Hisyam & Aku.
SEMOGA ROH ARWAH DI CUCURI RAHMAT DAN DITEMPATKAN DIKALANGAN ORANG YANG BERIMAN DI SISI PENCIPTANYA. AL FATIHAH
Wednesday, July 6, 2011
Lagi kenangan dari peti besi Sally
Saturday, July 2, 2011
Gambar paling lama zaman Tadika
Wednesday, June 29, 2011
Allayarham Saudara Hassan Yatin
Saudara Hassan kita telah meninggal dunia pagi tadi akibat kemalangan di rembau.
Kehilangan beliau amat-amat di rasai oleh semua sahabat lama yang baru berjumpa dengan allahyarham semasa sesi reunion kali kedua baru ini.
Semoga roh beliau di cucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan dikasihi oleh Allah.
Al fatihah
Pemandu van maut langgar belakang treler
2011/06/29
REMBAU: Seorang lelaki maut selepas van yang dipandunya melanggar belakang sebuah treler yang sarat membawa kayu bergergaji di kilometer 231, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Pedas-Linggi dekat sini, awal pagi ini.
Jurucakap polis berkata, mangsa, Hassan Ahmad Supadi, 39, beralamat Kampung Giching, Sepang, Selangor yang cedera parah di kepala dan badan meninggal dunia ditempat kejadian.
Mayatnya dihantar ke Hospital Tampin untuk dibedah siasat.
Kejadian itu berlaku pada kira-kira jam 3.30 pagi ketika kedua-dua kenderaan terbabit sedang dalam perjalanan menuju ke utara.
Akibat pelanggaran itu, van mangsa terperosok di belakang treler.
Sepasukan enam anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Rembau dikejarkan ke tempat kejadian untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.
Sebelum itu pasukan bomba terpaksa menggunakan "winch" kenderaan bomba untuk menarik keluar van yang terperosok di bawah treler.
Sementara itu, pemandu treler P Raja, 52 berkata, beliau dan rakannya yang sedang dalam perjalanan dari Labis, Johor ke Kapar, Klang menyedari kemalangan itu apabila tiba-tiba terdengar bunyi hentakan dan letupan di belakang treler.
"Lalu saya berhentikan treler di lorong tepi lebuh raya dan keluar melihat sebuah van terperosok di bekalang treler. Saya tidak dapat nak bantu mangsa sebab mangsa tersepit," katanya. - BERNAMA
Tuesday, June 28, 2011
Tingkat 1 SMK Sg Rawang
Monday, June 27, 2011
Koleksi zaman silam









